TERIMA KASIH SUDAH BERKUNJUNG DI BLOG "DharmaVirya.Blogspot.com", "Selalu Semangat, Belajar, dan Menjalankan Dhamma", Semoga Blog ini bermanfaat untuk orang banyak,.... JANGAN BOSAN-BOSAN YA,.. DI TUNGGU KEDATANGANNYA KEMBALI :)

DharmaVirya To Android

Untuk memudahkan Sahabat membaca artikel-artikel dan update selalu dari blog DharmaVirya.
kini telah hadir digengamanmu, sebuah aplikasi DharmaVirya diandroid,. 
Sahabat bisa langsung Download GRATISSSSS 

CLIK DOWNLOAD

Rabu, 20 Juli 2011

Amalan Harian Seseorang Buddhis

Oleh: Bhante Dr K Sri Dhammananda
Sebagai  satu agama  serta cara hidup yang benar, Buddhisme sangat dihargai oleh orang-orang berintelek tinggi di seluruh pelusuk dunia. Perkara ini disebabkan Buddha merupakan  guru yang amat sempurna pengetahuannya  dan berpandangan liberal.  Cara  hidup  sesorang  Buddhis amat sederhana, bebas daripada kepercayaan membutatuli dan dogma-dogma.   Malangnya ramai orang belum mengerti bagaimana menempuh cara hidup Buddhis yang sebenar.

Dewasa ini di merata dunia, bahkan di kalangan komuniti Buddhis  sendiri,  berbagai kepercayaan dan amalan masih dilakukan sebagai amalan agama ini. Banyak di antara amalan-amalan ini bukan ajaran asli Buddha dan kadangkala bertentangan pula dengan ajarannys.  Sebenarnya  ramai  orang  telah mengabaikan dan melupakan cara hidup seseorang Buddhis yang betul. Ramai juga yang keliru  terhadap aspek-aspek  tertentu
yang penting di dalam agama ini.  Dengan  tujuan menghilangkan  kekeliruan  ini  dan memberi penjelasan kepada masyarakat Buddhis,  buku kecil ini dicetak.

Memahami cara hidup seseorang Buddhis bererti menempuh cara hidup yang benar.  Untuk menghargai sifat kehidupan ialah untuk mencapai satu kehidupan yang bahagia dan damai.

Orang-orang tertentu yang disebut golongan intelek menggunakan Buddhismehanya sebagai satu dasar bagi tajuk perbincangan mereka tentang aspek-aspek metafizika dan falsafah agama ini.  Mereka mengejek bahkan hingga   ke  tahap menyalahkan amalan-amalan  kebudayaan Buddhis yang telahpun diterima  umum.  Perkara  ini  bukan  satu sikap yang betul dan sihat terhadap agama.

Agama yang tidak mempunyai pengertian  dan yang belum meresap ke dalam kebudayaan  tidak  akan dapat bertahan; ia hanya akan menjadi falsafah kering yang akan menghilang selepas beberapa waktu.  Sifat tolak-ansur merupakan  perkara utama di dalam ajaran Buddha.  Jika seseorang tidak dapat menerima amalan budaya  yang tertentu, dia harus setidak-tidaknya membiarkan amalan tersebut.  Seseorang    harus
meneliti  pengertian  dan  makna disebalik amalan tersebut, bukannya  mengeluarkan kata-kata lancang dan tidak tepat pada tempatnya.

Kebudayaan Buddhis  telah meresap ke dalam setiap aspek kehidupan kita.  Kita sedia maklum  bahawa Buddhisme merupakan  satu agama yang membimbing kita menuju kehidupan  yang  lebih  baik  di  alam ini dan selanjutnya.  Menjadi tugas kita untuk menyisat, mempelajari, memahami serta melaksanakan apa yang disediakan untuk kita oleh agama ini.  Kita memerlukan bimbingan agama untuk kehidupan sehari-harian.
Upacara dan adat-istiadat, walaupun diterima sebagai bahagian pelengkap bagi agama, tidak dengan sendirinya menjadi unsur asas agama.  Kemajuan batin merupakan aspek terpenting di dalam agama.  Untuk mencapai kemajuan  batin,  kita  harus  bermula dengan memupuk asas moral yang kuat supaya kita mempunyai satu dasar yang teguh.

Dengan memahami ajaran Buddha kita boleh mendapat inspirasi batin yang diperlukan. Kita  akan  rasa berterima-kasih dan ingin memberi penghormatan kepada Buddha, Ajarannya  dan Sanghanya.  Dengan demikian kita mempunyai tiga objek suci untuk kita hormati, iaitu Buddha, Dhamma, dan Sangha, yang di dalam bahasa Pali di sebut  ‘TiRatana’.  Pencapaian kemajuan batin dan penghormatan kepada  TiRatana  adalah jalan  yang dapat membimbing satu cara hidup yang betul menuju kedamaian, kebahagian  dan  keselamatan mutlak, iaitu  matlamat setiap Buddhis.  Sementara kita beraspirasi tinggi, kita tidak harus lupakan atau mengabaikan perlaksanaan dan amalan keagamaan seharian yang mengingatkan kita  pada  tanggungjawab  terhadap  agama.  Dengan tujuan untuk mengingatkan kepada semua yang berkenaan terhadap kewajipan mereka  kepada  agama, maka  satu ringkasan peraturan mengenai perlaksanaan dan
amalan agama Buddha diterangkan untuk kepentingan pembaca.

PERLAKSANAAN  HARIAN

Sebagai seorang Buddhis, wajar untuk kita memiliki sebuah imej atau gambar Buddha di dalam rumah, bukan sebagai perhiasan untuk dipamarkan.  Akan tetapi  sebagai  satu objek penghargaan dan penghormatan.  Rupabentuk Patung Buddha yang tenang, yang melambangkan Metta (kasih sayang suci), kesucian dan kesempurnaan melahirkan satu sumber inspirasi yang boleh menolong kita mengatasi segala kesulitan, keresahan atau salah faham semasa menjalankan kegiatan harian kita di dalam dunia yang serba pancaroba  ini.  Hidup penuh dengan rintangan  yang boleh dihindari jika kita  melaksanakan  ajaran-ajaran  mulia  daripada  Guru Agung kita.  Ketika menghormati Buddha, kita dapat bermeditasi walaupun sebentar, dengan memusatkan fikiran kita pada sifat-sifat Buddha yang agung dan mulia  kita dapat menyempurnakan diri melalui inspirasinya.

MENGHORMATI BUDDHA SETIAP HARI SEBAGAI AMALAN HARIAN
 
Sebagai penganut Agama Buddha,  kita harus untuk memberi penghormatan. Kepada Guru Agung kita setipa hari . Amalan ini  boleh dilakukan pada awal pagi  atau  lewat malam sebelum  tidur.   Ketika melakukan amalan ini, puja berfaedah jika usaha dibuat untuk membaca Sutta.  Cara hidup begini satu amalan Buddhis yang mulia.  Ibu-bapa harus memupuk amalan-amalan agama yang bermanfaat dan yang dihormati sepanjang
zaman dikalangan anak-anak mereka dengan menyedari dan menghargai pusaka yang berharga ini.  

Ibu-bapa yang beragama Buddha digalakkan menghantar anak-anak mereka ke Sekolah Minggu Buddhis atau kelas-kelas agama untuk melatih mereka menjadi anak-anak yang bertanggungjawab dan warganegara yang baik.

Sementara seseorang Buddhis digalakkan untuk melaksanakan amalan agama di dalam rumah, mereka juga diingatkan supaya tidak melupakan atau mengabaikan kewajipan sosial mereka terhadap kegiatan-kegiatan di vihara (wat) pada hari bulan purnama dan hari bulan-baru (hari pertama dan hari ke-15  kalendar Cina.  Kunjungan  ke  sesebuah vihara dan menyertai dalam upacara keagamaan dianggap sebagai satu perbuatan
yang berpahala. Mengamal Delapan Sila (Attha Sila) oleh para penganut pada perayaan tanggal satu dan limabelas merupakan satu perbuatan yang berpahala serta berpatutan.  Mereka yang menyertai upacara ini diminta untuk berpakaian sederhana yang serba putih dan berada di vihara selama sehari mengambil bahagian di  dalam  upacara-upacara keagamaan seperti meditasi, perbincangan agama, membaca buku-buku agama serta mngembangkan kasih sayang suci.
                       
PERAYAAN-PERAYAAN

Di dalam menyelenggarakan perayaan-perayaan sosial atau kekeluargaan,  umat Buddhis dinasihatkan supaya tidak berkelakuan sedemikian rupa hingga  melanggar prinsip-prinsip Buddhis asas seperti Panca Sila dan Jalan Mulla Lapan Lipis.  Tatasusila Buddhis harus dipertahankan.  Mereka tidak boleh membiarkan diri mereka menjadi mabuk atau dipengaruhi oleh sebarang bentuk keseronokan, tetapi mereka seharusnya mengadakan perayaan-perayaan tersebut dengan cara terhormat sepadan dengan kedudukan  mereka  sebagai  seorang  Buddhis yang terpelajar.  Semasa merayakan upacara sosial, seseorang  dinasihatkan supaya tidak melupakan aspek-aspek  rohani berkenaan dengan perayaan tersebut.  Gunakan kesempatan  ini berkunjung ke vihara untuk menerima berkat TiRatana .

TRADISI DAN ADAT 

Perlaksanaan tradisi dan adat nasional tidak semestinya  perlu  dibuang  bila  seorang menjadi penganut atau mengikuti ajaran Buddha.   Sesungguhnya Buddha menasihati pengikut-pengikutnya supaya menghormati tradisi dan adat mereka jika ianya bererti,  penting dan  tidak merosakkan kebahagian orang lain.  Sebaliknya, jika amalan-amalan ini  bertentangan  atau melanggar prinsip-prinsip asas agama Buddha, membahayakan orang lain atau yang boleh menyusahkan, maka amalan-amalan  itu hendaklah dibuang walau  betapa  baik pun tujuan amalan-amalan tersebut.  Bahkan semasa mengatur upacara keagamaan kita,  menjadi tanggungjawab kita untuk menyusun  upacara-upacara itu dengan cara-cara yang terhormat yang diterima  tanpa menyusahkan orang lain.  Pengertian ini sangat penting  dalam melaksanakan amalan agama kita di dalam masyarakat yang berbilang bangsa dan agama.

PEMBERKATAN  RUMAH 

Medudukii sesebuah rumah baru atau berpindah dari sebuah rumah ke  sebuah  yang lain sering diikuti dengan beberapa bentuk perayaan atau majlis keramaian.  Tidak ada karangan  terhadap perayaan  seperti  ini tetapi selain daripada perayaan daripada segi sosial  adalah menjadi satu tradisi Buddhis bagi keluarga itu menjemput para bhikkhu untuk mendapatkan berkat Ti-Ratana demi kedamaian, kesejahteraan dan keharmonian seisi rumah.

PENGHORMATAN KEPADA  DEWA

yang  Di dalam beberapa keluarga Buddhis, sekali-sekala diadakan kenduri-kenduri tertentu  atau pesta-pesta khas untuk menghormati dewa yang dipuja di dalam rumah mereka atau di vihara. Walaupun tidak ada bantahan spesifik untuk perkara ini selagi ia tidak melanggar asas-asas utama Buddhis,  kita harus  sedia maklum  bahawa  pesta-pesta sedemikian tidak membantu kemajuan batin kecuali untuk  keuntungan material duniawi sahaja.  Perkara-perkara itu harus dibezakan dengan jelas daripada Buddhisme.  Oleh itu, kita tidak harus memperkenalkan  adat  atau  amalan  menurut tradisi sebagai amalan-amalan Buddhis.  Menurut ajaran Buddha, cara yang betul untuk mengenang dan menghormati dewa-dewa  dengan mendanakan pahala kepada mereka setelah  melaksanakan perbuatan berpahala dan memancarkan kasih sayang suci kepada mereka melalui meditasi.

MEMBERKATI BAYI YANG BARU LAHIR

Ibubapa kepada anak yang baru dilahirkan  dijemput membawa anak   sebulan selepas kelahirannya ke vihara untuk memerima berkat Ti-Ratana.  Persembahan bunga-bunga, dupa, lilin atau buah-buahan boleh dilakukan di vihara  dan para bhikkhu yang tinggal di situ  dijemput  untuk membaca sutta-sutta memberkati anak.  Jika sudi, nasihat boleh didapati daripada bhikkhu untuk memberi nama Buddhis yang sesuai bagi anak itu.

PERKAHWINAN 

Telah diperhatikan bahawa ramai Buddhis mudah melupakan keperluan spiritual mereka berkenaan dengan peristiwa yang paling penting dan saat yang paling bertuah di dalam hidup mereka – perkahwinan mereka.  Adalah menjadi adat di beberapa negara Buddhis bahawa pasangan yang bertunang mengundang para bhikkhu  untuk  mengadakan upacara pemberkatan di rumah mereka ataupun di vihara sebelum hari persandingan.  Jika dikehendaki, upacara pemberkatan tersebut boleh dilakukan selepas perkahwinan
yang biasanya berlangsung di Pejabat Pendaftaran Perkahwinan atau di  rumah pihak-pihak yang berkenaan.

Diharapkan  agar semua pasangan-pasangan Buddhis akan mengamal dan mengerjakan  dengan  rajin  kewajipan-kewajipan agama bila mereka berkahwin. Persembahan yang sederhana berupa bunga-bunga, dupa dan lilin sahaja  diperlukan untuk upacara pemberkatan sederhana yang boleh disertai  oleh ibubapa kedua belah pihak dan saudara-mara serta kawan-kawan yang dijemput untuk  turut  serta.  Perkhidmatan keagamaan yang dilangsungkan pada hari yang bertuah ini akan menjadi satu sumbangan spiritual untuk kejayaan, kemajuan serta  kebahagiaan pasangan yang berkahwin.

SAKIT

Dalam keadaan ketika ditimpa kesakitan, selain daripada  menumpu  kepada  rawatan perubatan yang biasa, adalah baik juga para bhikkhu dijemput untuk melakukan upacara pemberkatan agama yang bertujuan mempercepatkan penyembuhan pesakit. Pemberkatan seperti  ini dapat menanam pengaruh spiritual dan psikologi pada pesakit sehingga mempercepatkan penyembuhannya.   Terutamanya bila penyakit berhubungan dengan psikologi pesakit dan lemah semangat, upacara pemberkatan spiritual oleh seorang bhikkhu banyak membantu memperapatkan penyembuhannya.

Seorangnya terdapat kepercayaan bahawa penyakit itu disebabkan oleh  pengaruh buruk  dari  luar atau hantu upacara pemberkatan agama adalah penawar yang baik.  Walaubagaimanapun, sebagai seorang Buddhis yang  mengerti agamanya, kita tidak seharusnya menyerah diri kepada kepercayaan-kepercayaan atau khayalan-khayalan karut  bahawa penyakit kita disebabkan oleh hantu.  Nasihat Buddha : “Bila badanmu
sakit,  jangan biarkan fikiranmu juga menjadi sakit,” sungguh tepat pada masanya.  Sesuai dengan nasihat ini, kita harus berpandu kepada kecerdasan minda dan  fikiran untuk mengutamakan rawatan yang sesuai dengan penyakit kita, bukannya menyerah kepada ketahyulan yang tidak berasas. Meskipun  demikian,  kita  harus  sentiasa  ingat bahawa jatuh sakit sebahagian  daripada kewujudan harian di dalam  dunia    dan  kita
harus menerimanya dengan sikap yang positif.

UPACARA UNTUK KEMATIAN  

Hidup manusia memang  tidak menentu tetapi kematian di suatu hari kelak sudah pasti akan terjadi. Namun begitu, kematian satu peristiwa  yang  sedih  dan  memilukan.  Upacara  kematian yang akan dilangsungkan mesti suatu upacara yang sopan dan bersesuaian dengan keadaan. Bertentangan dengan kepercayaan popular di dalam masyarakat, upacara perarakan pengkebumian  orang Cina yang bising, dan  kadang-kala menunjuk-nunjuk  yang menelan belanja ribuan ringgit dan sering disindir sebagai amalan agama Buddha sebenarnya bukan amalan Buddhis sama sekali. Kebiasaan  ini  ekoran daripada adat dan tradisi kuno yang berasal daripada generasi lampau.

Penganut-penganut agama lain sering hairan bila melihat perarakan seperti itu, Apakah upacara itu untuk merayakan satu pesta yang  gembira  ataupun  perarakan pengkebumian yang sopan dan bertepatan pada waktunya.  Walaupun Buddhisme tidak keberatan terhadap penerusan amalan-amalan tersebut selagi ianya tidak bertentangan dengan ajaran-ajaran Buddha, tetapi dirasai bahawa sudah sampai waktunya amalan-
amalan yang merugikan, tidak  ekonomi,  dan yang tidak memberi manafaat kepada si mati  harus  dihapuskan.  Perlaksanaan upacara-upacara tradisi yang cerewet atau istiadat pengkebumian sedemikian  yang  kadang-kala berlanjutan sampai berhari-hari atau berminggu-minggu lamanya patut  dibuang serta tidak digalakkan.  Amalan tradisi yang lain ialah pembakaran kertas-colok dan rumah kertas yang  dimaksudkan  untuk kepentingan  si  mati.  Amalan  seperti  ini jelas bukan bersifat Buddhis dan patut
dihentikan.

Istiadat pengkebumian secara Buddhis harus sederhana, sopan, terhormat dan bererti.  Para bhikkhu boleh dijemput ke rumah si mati untuk membaca  sutta-sutta  sebelum menjalankan pengkebumian.   Perkhidmatan seperti ini diberi dengan sukarela tanpa di kenakan bayaran oleh para bhikkhu.  Persembahan  bunga-bunga,  pembakaran  colok dan lilin merupakan amalan kebiasaan.

Pada hari pengkebumian, khidmat para bhikkhu boleh diminta  untuk  melaksanakan upacara agama yang diperlukan di rumah dan di perkuburan.  Telah menjadi kebiasaan bagi orang-orang Cina untuk menghidang segala jenis masakan  termasuk  babi  bakar dan ayam sebagai simbol persembahan untuk si mati. Amalan ini juga merupakan satu amalan tradisi yang tidak  digalakkan oleh Buddhisme.  Persembahan bunga yang
sederhana  berserta  dengan pembakaran dupa dan lilin sudah mencukupi sebagai simbol persembahan.

Penyembelihan binatang-binatang yang tidak berdosa  untuk  dijadikan  persembahan korban bagi si mati jelas bertentangan dengan ajaran Buddha yang maha pengasih dan patut dihapus sama sekali.

PENGKEBUMIAN DAN PEMBAKARAN MAYAT

Ramai penganut agama Buddha mengalami masalah menentukan sama ada mayat si mati  patut  dikebumikan  ataupun  dibakar.   Buddhisme bersikap  dalam  perkara ini.  Tidak  ada  peraturan  yang  keras dan ketat, meskipun di beberapa negara Buddhis, pembakaran mayat merupakan amalan kebiasaan.  Pemilihan atas sesuatu cara penguburan pada dasarnya bergantung pada ‘permintaan terakhir’ daripada si mati atau atas budibicara sanak-saudaranya.

Daripada segi pandangan moden pembakaran mayat satu  bentuk  penetapan  mayat yang bersih dalam segi kesihatan dan  patut digalakkan.  Dengan  kemajuan  taraf kesihatan dan meningkatnya bilangan penduduk, tanah yang sesuai dipakai  untuk pertanian, perumahan dan industri semakin tidak mencukupi.  Oleh  itu  dinasihatkan supaya pembakaran mayat dipilih untuk membolehkan tanah yang berharga  gunakan
untuk orang yang masih hidup daripada memenuhi tanah  dengan batu nisan yang tidak terkira banyaknya.

Baik  dalam pengkebumian mahupun pembakaran mayat, telah diperhatikan bahawa terdapat  orang-orang  tertentu memasukkan barang-barang berharga milik si mati ke dalam keranda atau tempat pembakaran dengan harapan dan kepercayaan bahawa si mati  akan menerima faedah daripadanya.  Selain daripada perasaan sentimen terhadap perbuatan itu, mengharapkan bahawa pengkebumian atau pembakaran barang-barang tersebut sesungguhnya akan mendatangkan pahala adalh sia-sia.   Daripada dimasukkan ke dalam keranda atau tempat pembakaran, lebih baik jika barang-barang kepunyaan yang berguna seperti pakaian, kasut dan lain-lainnya didermakan  kepada orang miskin dan yang memerlukan atau kepada institusi-institusi  kebajikan.    Setiap pertolongan  kepada  orang  miskin dan yang memerlukan bantuan, merupakan suatu
perbuatan yang berpahala.

PENETAPAN  ABU 

Pertanyaan sering ditujukan tentang apa yang harus dilakukan terhadap abu mayat yang telah dibakar.  Tidak ada peraturan yang ketat tentang penetapannya.  Abu boleh disimpan  di  dalam  sebuah  guri diletak di dalam sebuah pagoda yang didirikan khas untuk maksud itu didalam vihara ataupun boleh disimpan  di  tempat  lain  mengikut kehendak sanak-saudaranya.   Kadangkala, setelah upacara keagamaan yang ringkas, abu ditaburkan ke dalam laut ataupun sungai.

MENGHORMATI ORANG YANG TELAH MENINGGAL

Kita sedia maklumkan bahawa persembahan bunga-bunga satu cara memberi penghormatan  terakhir  yang  diterima ramai untuk mengenang orang yang telah meninggal  dunia.   Namun dalam hubungan ini, terdapat juga perkara-perkara yang dilakukan  berlebihan  hinggakan  kadang-kala kita boleh melihat kalungan-kalungan bunga  bernilai  ribuan ringgit dihimpun di atas kubur dan kemudiannya hanya akan dibuang  sebagai  sampah  selepas satu atau dua hari.  Untuk menghindari pembaziran seperti  ini, satu amalan yang lebih baik dan dan berpatutan boleh diamal.  Amalan ini ialah  sebagai pengganti kalungan bunga, daging manis ataupun kertas-colok, keluarga si mati menyiarkan melalui iklan suratkhabar memaklumkan kepada kawan-kawan atau sanak-saudara yang ingin memberi penghormatan mengingati si mati berderma kepada institusi-institusi agama atau kebajikan diatas nama  si mati.    Kadang-kala,  sesebuah institusi  dimana  si mati pernah bergiat aktif semasa hidupnya dinamakan sebagai penerima derma.     Perubahan sikap ini positif, sungguh bermakna dan harus disambut dengan sukahati.  Disyorkan supaya amalan  ini diikuti oleh semua orang Buddhis yang
sedar dan lebih berpengetahuan tentang agam a mereka.

Penghormatan kepada si mati biasanya diberi terdahalu oleh keluarganya yang terdekat.  Penghormatan ini dengan mudah boleh diberi anak-anaknya  atau  sanak-saudaranya dengan membantu persiapan mayat ke dalam keranda.   Malangnya  disebabkan kekeliruan,  ketahyulan,  ketakutan atau prasangka yang  sering terjadi, kewajipan atau penghormatan yang terakhir ini jarang dilakukan  oleh  orang-orang  yang  berkenaan.
Sebaliknya, beberapa orang petugas diupah untuk  membersih dan membajui mayat.  Seharusnya tidak sedemikian. Prasangka dan ketahyulan  harus  dibuang.  Penghormatan harus diberi kepada simati dengan hati yang terbuka.

Diharap  risalah  kecil  ini  sedikit sebanyak telah menyingkir apa jua kekeliruan dan prasangka yang ada pada diri seseorang Buddhis tentang amalan-amalan kebudayaan yang sedia ada.      
                                                                           

Sumber :
Diterjemahkan oleh Persatuan Buddha Wakaf Baru,
Wat Pracacinaram, Kampung Kulim, Wakaf Baru, Kelantan.
Penyunting: K Don Premaseri

0 komentar:

PROFIL ADMIN

Profil Admin:

dharmavirya.blogspot.com
Motto : "Selalu Semangat, Belajar, dan Menjalankan Dhamma"

 Namo Buddhaya,. Namo Dharmaya,. Namo Sanghaya,. _/|\_

Salam sahabat,...
selamat datang di blog Dharma Virya.

Sebelum panjang x lebar x tinggi :) saya "admin" ingin menampakan diri untuk sahabat dimanapun,.

Nama       : Dharma Virya
TTL          : Tangerang, 07-08-90
Pekerjaan : Design di Star Property
Kegiatan   : Kuliah, Futsal, Lion & Liong Dance, dan Ngeblog.

Walaupun blog ini milik pribadi tapi blog ini bersifat universal. 
Di blog ini memiliki artikel-artikel Dhamma berdasarkan ceramah-ceramah, majalah buddhis, situs buddhis, dan e-book. Yang saya sajikan untuk sahabat, semoga sahabat dapat memahami makna dhamma.

Dhamma  artinya  kebenaran  nyata  yang  dibabarkan  Sang  Buddha,  yang berisikan petunjuk lengkap untuk mencapai kebahagiaan. Dhamma Sang Buddha  bukan  hanya  sesuai  untuk  para  bhikkhu, samanera,  maupun mereka  yang  tinggal  di  vihara  saja.  Dhamma  Sang  Buddha  juga  sangat bermanfaat untuk para perumah tangga yang tinggal dalam masyarakat luas.

Tak hanya berisikan religi semata, tapi juga saya sajikan special untuk sahabat. Tentang berbagai macam cerita, iptek, sains, pengetahuan alam, dan kejadian-kejadian di Dunia.
================================================================

Blog ini memiliki banyak kekurangan, maka dari itu saya ingin sahabat dimanupun memberikan kritik dan saran agar blog ini menjadi lebih baik,.

Jika sahabat memiliki cerita dalam bentuk word, pdf, dll. Sahabat boleh berbagi ke saya dan akan  diposting kedalam blog ini,. sedikit berdana, membahagiakan banyak orang itu luar biasa,.

kirimkan krtik & saran, dan cerita menarik sahabat ke E-Mail : dharmavirya@gmail.com
jangan lupa biodata yg lengkap,. ok sahabat,. :)

Selamat beraktifitas kawan-ku
sabbe satta bhavantu sukhitatta "Semoga semua makhluk berbahagia"